Faizal Tahir teruja bila dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar utama dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) bersama-sama dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow.
Beliau menganggap pemilihannya sebagai tenaga pengajar utama sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.
Sebelum ini saya ada juga terlibat dalam program terbitan Astro namun tidak menjadi tenaga pengajar.
Jika dibandingkan dengan Melly dan Datuk Siti, saya paling muda dan baru dalam industri ini dan ia adalah penghormatan buat saya.
Ketiga-tiga kami mempunyai genre yang berbeza, terpulang kepada peserta bagaimana mereka ingin memilih apa yang mereka mahu
Faizal mahu bintang yang lahir daripada program realiti ini nanti merupakan seorang yang mampu berhadapan dengan pelbagai tekanan.
Bagi format terbaharu AF 2013 ketiga-tiga tenaga pengajar utama ini yang digelar ‘inspirer’ berperanan memberi bimbingan kepada peserta.
Faizal Tahir akan bertanggungjawab pada tiga minggu pertama, kemudian diikuti Melly Goeslow pada tiga minggu berikutnya dan Siti Nurhaliza pada tiga minggu terakhir.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments