Rafidah Ibrahim atau Fida tetap dengan pendiriannya untuk menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF) walaupun mendapat kritikan ramai.
Keputusannya ini bukan sekadar suka-suka sebaliknya beliau menganggap ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran bagi membolehkannya mendalami ilmu muzik dan nyanyian.
Walaupun beliau sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran.
Kata-kata negatif daripada sesetengah pihak tentang keputusan itu tidak pernah melemahkan semangatnya setelah namanya diumumkan dalam senarai pendek program realiti itu yang bakal bermula pada September depan.
Dalam perkembangan sama, Fida berkata, pandangan skeptikal yang diterimanya juga diambil sebagai menguatkan lagi semangatnya melakukan yang terbaik sekiranya diterima sebagai peserta akhir AF 2013.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments