Shila Amzah menegaskan bahawa beliau sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki. Tumpuannya kini hanya kepada kerjaya seninya yang semakin melangkah jauh.
Terus-terang saya katakan, saya sudah tidak ada keinginan untuk mempunyai teman lelaki buat masa ini. Hati saya belum terbuka untuk jadi teman wanita kepada seseorang.
Seandainya jodoh saya sudah sampai, saya akan terima lelaki itu dengan seadanya dan saya akan berkahwin. Kalau hendak bercinta dan mempunyai teman lelaki, saya sudah tidak mahu.
Buat masa sekarang Shila hanya memiilih untuk beri tumpuan kepada kerjayanya sahaja ketika ini. Beliau juga tidak kisah siapa yang akan menjadi jodohnya nanti.
Baru-baru ini timbul gosip yang kononnya beliau bercinta dengan Johan As’ari, ini membimbangkannya digelar perampas teman lelaki orang.
Saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini
Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan. Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi.
Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments
1 Comments
Comments are closed.