Uqasha Senrose telah mengesahkan bahawa dia telah dirisik oleh keluarga kekasihnya, Pekin Ibrahim.
Rombongan keluarga Pekin telah datang merisik pada Julai lalu. Mereka hanya datang merisik dan tidak tidak mengikat tali pertunangan.
Bagi Pekin majlis merisik sudah dikira bertunang. Kerana keluarga masing-masing sudah saling mengenali. Malah Pekin sering bercuti bersama keluarga Uqasha.
Pasangan ini lebih selesa jika mengadakan majlis bertunang pagi dan pada sebelah petang terus dijalankan majlis akad nikah.
Bagi Uqasha, tempoh setahun yang telah dipersetujui sebelum berkahwin, akan digunakan untuk mengumpul duit bagi majlis kelak.
Pekin mengharapkan perhubungan yang terjalin hampir 8 bulan ini (sejak pengambaran filem Paku Pontianak tempoh hari) berjaya.
Kalau ikutkan saya, esok saya boleh cakap nak kawin. Tapi banyak proses nak kawin. Bukan senang main petik je. Saya mengharapkan hubungan ni sukses.
Sebenarnya saya tak pernah fikir pasal kawin. Saya lelaki yang paling tak ambil kisah pasal perkahwinan. Tapi entah magik apa dalam kepala saya, bila saya terpandangkan Sha dekat office masa tu, saya terus ajak dia kawin. Saya tanya dia terus terang. Bila jumpa dia, saya tau, dialah calon untuk saya.
Ketika ditemui di majlis pra-tonton filem MIG semalam, filem Paku Pontianak lakonan pasangan kekasih ini telah menerbitkan perasaan cinta dalam diri mereka berdua.
Pekin sendiri mengulang balik dialog semasa beliau melamar Uqasha.
Awak nak kawin dengan saya tak? Kalau awak nak, lepas habis shoot filem (Paku Pontianak) ni saya jumpa parents awak.
So sweet.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments
2 Comments
Comments are closed.