Sebelum ini Hans Isaac dikatakan sedang berbincang dengan pihak Istana Budaya, Kuala Lumpur untuk pementasan “Lawak Ke Der” musim ketiga.
Akhirnya, Hans telah mengumumkan bahawa pementasan tersebut akan dibuat di Istana Budaya pada bulan Oktober ini sewaktu majlis Anugerah Lawak Warna malam tadi.
Selaku pengarah dan penerbit, Hans mahu membawakan konsep yang sedikit berbeza kali ini. Bagi beliau, perubahan adalah penting untuk menarik peminat menyaksikan musim ketiga.
Musim kedua “Lawak Ke Der” bukan saja mendapat sambutan hangat di Istana Budaya, malah, versi filemnya mengutip hampir RM2 juta dalam masa 10 hari tayangan.
Selepas pementasan Lawak Ke Der 3, teater Supermokh The Musical pula bakal dipentaskan pada bulan November dan dijangka menelan belanja sebanyak RM3 juta.
Teater berkenaan mengisahkan tentang bintang legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Sejak dahulu lagi Hans begitu mengagumi beliau kerana kesungguhannya mengharumkan nama negara serta tidak mementingkan wang ringgit.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments