Walaupun keuntungan tahun 2013 agak perlahan, David Teo sendiri mengakui terkena tempias dari prestasi pasaran filem tempatan kebelakangan ini yang agak merundum.
Syarikatnya, Metrowealth Pictures atau MiG tidak akan berhenti berkarya dan terus rekrut wajah baru dalam memeriahkan lagi industri.
Bagaimanapun David sudah ada piawaian terbaru bagi tujuan itu dan tidak lagi mahu terlalu longgar dalam pemilihan bakat naungannya seperti sebelum ini.
Sejak 2001 lagi, MiG sudah melakukan konsep ini di mana kami menyediakan platform untuk pelakon baru yang berpotensi akan diketengahkan dalam industri lakonan.
Sebelum ini kebanyakan pelakon MiG dipilih ramai terdiri daripada pelawak, kali ini beliau akan mulai mencari pelakon yang mempunyai pakej menarik untuk projek akan datang.
Perkembangan terkini, Beliau akan melunaskan hasrat melancarkan filem ke-100 MiG pada tahun ini. Bagaimanapun ianya masih dalam perbincangan dan sudah menyenaraikan filem yang bakal dipilih untuk mengisi misi tersebut.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments