Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda.
Ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya.
Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai.
Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri.
Nelydia lebih selesa kisah cintanya tidak diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.
Bagaimanapun, beliau pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments