Sebelum ini, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta pernah menyatakan bahawa dia dan Zain Saidin akan mengumumkan tarikh perkahwinan selepas sambutan Aidilfitri.
Namun sehingga kini masih tiada pemilihan tarikh yang dibuat.
Beliau dan Zain memang sudah bersepakat untuk tidak mengadakan majlis pertunangan dan terus berkahwin kerana beliau sendiri takut nak bertunang bila orang kata, sepanjang tempoh bertunang, banyak sangat dugaan.
Mengenai tarikh, mereka berdua masih belum membuat kata putus kerana masing-masing sedang sibuk. Tambahan pula, pengurusnya kini sedang bercuti di Bali.
“Insya-ALLAH, kalau tiada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun ini juga. Bila dah pilih tarikh nanti, kami akan umumkan kepada semua,” kata Che Ta yang mengimpikan perkahwinan sederhana berkonsepkan taman.
Beliau juga menafikan kontroversi liar mengenai khabar angin majlis pertunangan mereka pada 3 Syawal lalu.
Perkara ini mula menjadi perbualan hangat apabila seorang daripada peminatnya yang menghadiri majlis rumah terbuka pelakon itu di Alor Setar, menyebarkan cerita mengenai majlis pertunangan mereka di laman sosial.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments