Sejak pemergian isteri tercinta, Norryana Yusof pada tahun 2006 akibat penyakit kanser, kerjaya seni Sabri Yunus turut merosot.
Dalam tempoh lima tahun menyepi daripada sebarang aktiviti seni, beliau berasa cukup rugi kerana membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa sebarang hasil karya.
Dalam tempoh menyepi tersebut, timbul banyak idea dan inspirasi yang menyebabkan beliau ingin aktif semula dan mengisi segala kekosongan yang ditinggalkan sebelum itu. Kini, pada usia 52 tahun, Sabri sedar yang dia harus menghasilkan karya-karya berkualiti, bukannya mengejar populariti semata-mata.
Akhirnya beliau telah merangkul anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV dalam Anugerah Lawak Warna menerusi drama komedi Kampung Semarah Padi arahan aktres Melissa Saila.
Bagi beliau, karya yang dihasilkan harus berkualiti dan juga meninggalkan kesan bukan sahaja untuk penonton tetapi dirinya sendiri sebagai pengkarya
Perkembangan terkini, Sabri menerusi produksinya Balang Rimbun, bakal menerbitkan sebuah drama komedi berjudul Mat Three Four yang akan menemui penonton pada bulan November depan.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments