Syamsul Yusof menyatakan kekecewaan yang teramat sangat, apabila karya terbarunya KL Gangster 2 telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis bila beliau mendapati karyanya telah dimuat naik oleh beberapa individu sebelum ianya ditayangkan tidak lama lagi.
Beberapa blogger & web yg mengupload kl gangster 2 telah pun dikenal pasti.Pihak berkuasa & KDN akan mengambil tindakan keras kepada anda.
— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) August 29, 2013
Beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana blogger atau laman web yang menyebarkan link untuk memuat turun filem KL Gangster 2.
Beberapa blogger dan laman web yang ada memuat naik filem kl gangster 2 telah pun dikenal pasti. Syamsaul juga menyatakan bahawa pihak berkuasa dan KDN akan mengambil tindakan keras kepada mereka yang terlibat.
Paling malang bila email termasuk facebook/fan page beliau juga telah dicerobohi/hack. Ini menyebabkan beliau menyatakan kekecewaan beliau di laman twitter (selamat tak kena hack).
Selepas karya yg kubuat dgn jiwa ragaku dicuri,semua FB fan page & Email ku juga telah diceroboh/hack.Terima kasih BANGSAku.Terima kasih.
— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) August 30, 2013
Hye Bro! : Ada yang pihak yang terlibat ada kaitan dengan isu gangster yang diketengahkan dalam filem ini?
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments