Afdlin Shauki mendedahkan dia mendapat tahu ada pihak membuat fitnah dengan menuduhnya muflis kerana gagal melangsaikan hutang bank.
Sehingga kini beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak bank yang berurusan dengannya.
Bagi saya tuduhan itu tidak berasas. Saya dah lama mendengar ada orang memfitnah saya kononnya saya sudah muflis.
Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini tetapi sesiapa yang menimbulkan cerita ini, mereka adalah pemfitnah dan di padang Mahsyar nanti mereka perlu meminta ampun kepada saya.
Setakat ini saya tidak ada masalah dengan sebarang bank. Kalau saya muflis, pihak Astro tidak akan memberi kepercayaan kepada syarikat saya dalam menerbitkan program-program televisyen.
Tambah Afdlin, pihak yang menuduhnya muflis itu juga ternyata tidak membuat penyelidikan yang baik kerana apa yang didakwa langsung tiada fakta.
Dalam pada itu, Afdlin mengakui dia masih berhutang selepas meminjam untuk pembikinan filem Los dan Faun sebelum ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments