Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego mengakui gementar apabila mendapat tahu bakal bergelar seorang bapa selepas isterinya, aktres Linda Hashim didapati hamil.
Perasaan itu timbul kerana tidak mempunyai pengalaman menjaga bayi namun bersyukur bakal dikurniakan dengan cahaya mata walaupun baru beberapa bulan berkahwin.
Gementar kerana saya tiada pengalaman menjadi seorang bapa tetapi ia adalah berita yang cukup menggembirkan dan berharap keadaan isteri dan kandungan akan selamat.
Pasangan itu bernikah pada 8 Jun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.
Sejak mengetahui isterinya hamil dia mengakui lebih berasa bertanggungjawab terhadap rumah tangga dan sentiasa risaukan keadaan isterinya yang kini mengandung dua bulan.
Tanggungjawab saya sekarang semakin besar kerana perlu menjaga Linda dan bayi yang bakal lahir dengan sebaik-baiknya malah dan tidak sabar rasanya menanti kehadiran orang baru itu nanti.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments