Farid Kamil terpaksa merahsiakan nama serta identiti anaknya disebabkan terikat kontrak untuk sebuah rancangan terbitan stesen televisyen Astro.
Dia diarahkan oleh stesen televisyen itu agar berbuat demikian kerana pihak berkenaan mempunyai perancangan khas untuk memperkenalkan bayinya kepada umum.
Sebenarnya bukan saya tidak mahu memperkenalkan anak saya kepada umum tetapi terikat dengan kontrak untuk sebuah program eksklusif di Astro yang berhasrat memperkenalkan anak saya dalam sebuah rancangan khas.
Bagaimanapun saya belum pasti bila program itu bakal diadakan kerana ia masih dalam perbincangan di antara pihak pengurusan saya dengan stesen TV berkenaan
Anak sulung hasil perkongsian hidupnya dengan aktres Diana Danielle itu dilahirkan pada 2 Julai lalu di sebuah hospital di Sydney, Australia.
Beliau ingin mengadakan majlis aqiqah dan khatam Al-Quran oleh isterinya dan tidak akan mengadakan majlis potong jambul seperti kebiasaan.
Selalunya orang akan buat majlis cukur jambul tapi saya dan Diana hendak buat sedikit kelainan dengan mengadakan khatam Al-Quran dan majlis itu akan diadakan di kampung halaman saya, Alor Setar, Kedah
Farid turut memberitahu, isterinya telah kembali ke tanah air pada akhir Ramadan lalu dan kini sedang menghabiskan tempoh pantangnya selama 100 hari di Alor Setar.
Sumber : Mstar
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments