Fizo Omar menganggap hubungan baik antaranya dan keluarga Shila Amzah sebagai hubungan kekeluargaan dan mereka pula seperti adik beradik.
Lagipun Shila sering meminta pendapat dan pandangan darinya melalui kaca mata seorang abang.
Keluarga saya dan keluarga Shila memang sudah lama rapat dan kami sudah seperti bersaudara, ibu saya sangat rapat dengan ibu Shila.
Saya juga anggap Shila seperti adik kerana jika dia ada masalah, dia akan minta nasihat saya dan pandangan daripada seorang abang.
Beliau sendiri sangat berbangga dengan kecekalan Shila menempuh ujian dalam percintaannya dan berjaya dalam kerjaya nyanyiannya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Saya kenal Shila dari zaman remaja, saya bangga dia dapat menghadapi ujian percintaannya yang bagi saya sangat sukar untuk berhadapan dengan cinta terhalang dan tidak direstui.
Bagaimanapun dia bukan sahaja berjaya bangkit dari masalah itu, malah Allah membalasnya dengan kejayaan lebih besar dalam kerjayanya, jika berlaku pada orang lain mungkin sudah lama berputus asa.
Fizo juga menyatakan bahawa dia tidak pernah terlintas atau menyimpan perasaan cinta terhadap Shila yang telah dianggap sebagai adiknya itu.
Info Tambahan : Fizo Bertunang Dengan Mawar Fareeda.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments