Gambit Saifullah Nafi Kurang Ajar

Gambit Saifullah Nafi Kurang Ajar

Gambit Saifullah
Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Gambit Saifullah telah buat kecoh di pejabat pengurusan kondominium yang didiaminya.

Menurut maklumat tersebut, Gambit dikatakan bersikap kurang ajar meredah masuk ke pejabat berkenaan untuk meminta kad akses masuk ke semua blok perumahan itu.

Apabila permintaannya ditolak pihak bertugas, dia mengamuk. Kejadian itu disaksikan beberapa penghuni yang turut ada dalam pejabat itu. Lagaknya macam samseng apabila duduk atas meja walaupun disediakan kerusi.

Beliau dikatakan menunjuk tanda protes dengan menolak pintu dengan kaki ketika keluar dari pejabat itu. Semua yang ada dalam pejabat terkejut dengan perlakuan kurang ajar beliau.

Apapun kemungkinannya, lagaknya memang mengundang tanggapan yang kurang baik.

Bagaimanapun beliau menafikannya ketika dihubungi oleh seorang wartawan hiburan ingin mendapatkan pengesahan tentang eksiden ini.

Dari kenyataan Gambit sendiri,

Memang betul dia ke pejabat pengurusan kondominium itu, tetapi bukan seperti apa yang dinyatakan dalam khabar angin. Malah, tidak ada insiden dia duduk di atas meja atau buka pintu dengan kaki.

Bagi beliau, semua itu karut dan dia tidak tahu apa motif mereka yang menyebarkan cerita hingga fakta sebenar diputar-belit menampakkan dia yang bersalah.

Jelas Gambit, dia ke pejabat itu kerana kad aksesnya rosak dan sememangnya kad itu boleh akses ke semua blok kediaman itu. Suasana ketika itu memang panas kerana kakitangan bertugas berkasar dengannya.

Rasa tidak wajar diperlakukan begitu, dia pun mendesak dan mungkin kerana itu orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar, nampak seolah- olah dia kurang ajar.

Dia hairan bagaimana boleh timbul ‘nasi tambah’ kononnya dia duduk atas meja dan tolak pintu dengan kaki, sedangkan dua perkara itu tidak berlaku. Ketika kejadian, pengurusnya pun ada sama.

Sumber : MyMetro

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga