Kumpulan K-pop popular INFINITE akan mengadakan showcase mereka ‘JELAJAH DUNIA PERTAMA INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013 di Malaysia’ pada 19 Oktober (sabtu) di Stadium Negara.
INFINITE akan mengadakan konsert bertaraf dunia dengan membawa produksi antarabangsa mereka untuk peminat-peminat di Malaysia.
Infinite menyambut ulangtahun ke-3 mereka pada musim panas ini dan akan mempersembahkan muzik mereka ke serata dunia bermula di Seoul, Korea.
Perjalanan mereka akan berterusan ke China dan banyak lagi negara-negara Asian. Siri jelajah ini akan berakhir pada hujung tahun dengan persembahan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah serta lain-lain.
Mereka bakal berada di Malaysia pada 19 Oktober (Sabtu) di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Harga Tiket :
- RM 683 (VIP – sit terhad),
- RM 583 (Zon Rock – berdiri),
- RM 583 (PS1 – sit terhad),
- RM 483 (PS2 – sit bebas),
- RM 383 (PS3 – sit bebas),
- RM 183 (PS4 – berdiri)
Jualan Online bermula pada 26 Ogos (Isnin) via TiketCharge (www.ticketcharge.com.my atau (603) 92228811)
INFINITE merupakan bintang besar dari Korea yang sedang berada di ambang populariti mereka sebagai ikon K-pop. Tujuh orang anak muda ini (Sung Kyu,Dong Woo, Woo Hyun, Hoya, Sung Yeol, L dan Sung Jong) telah membuat penampilan pertama mereka pada Jun 2012 dengan album mini pertama mereka <First Invasion> terus berada di tangga teratas carta.
Pada 2012, Infinite menjadi semakin terkenal dengan ‘Scorpion Dance’ mereka di ‘B.T.D’ dan semakin menjadi perhatian apabila memenangi anugerah muzik menerusi <Over The Top>. Selepas dari itu, mereka terus menerus membuat lagu-lagu hits seperti ‘Paradise’, ‘The Chaser’, ‘Man In Love’ dan banyak lagi.
Pada 2012, Billboard.com telahmemilih <The Chaser> sebagai K-Pop Song Of The Year. Mereka juga membuat kenyataan di dalam laman web rasmi mereka, bahawa INFINITE merupakan bintang yang meningkat naik dan menunjukkan peningkatan yang paling mendadak di Korea dan Jepun.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments