Kematangan Shila Amzah terserlah bila beliau bersikap terbuka untuk berkongsi kisah cintanya dengan kekasih lamanya, Sharnaaz Ahmad dalam album terbarunya.
Perjalanan dalam dirinya diibaratkan seperti sebuah diari dan tidak salah untuk beliau kongsikan kisah tersebut dengan peminat dalam bentuk lagu.
Saya akui ada beberapa lagu saya tulis tentang hubungan saya dengan Sharnaaz dan rasanya tidak salah jika saya bersikap terbuka mengenai perkara itu untuk dikongsi bersama para peminat tentang apa yang saya lalui ketika itu.
Album yang diberi nama Shila Amzah itu bakal memuatkan sembilan buah lagu termasuk dua buah lagu bonus iaitu Patah Seribu versi Bahasa Malaysia dan Mandarin. Ia akan dipasarkan penghujung September ini.
Bagaimanapun tidak semua lagu dalam album tersebut melambangkan perasaannya ketika ini selain mengakui telah melupakan semua kejadian buruk yang pernah berlaku dalam dirinya.
Album berkenaan tidak sahaja berkisar mengenai dunia percintaan tetapi juga kisah gembiranya sebagai seorang wanita yang sedang berusaha mengejar kejayaan.
Apa yang terkandung dalam album tersebut tidak melambangkan situasi dan perasaan saya sekarang dan ia hanya sebagai luahan dan ekspresi tentang perjalanan hidup saya.
Shila akan pulang ke tanah air pada penghujung September ini untuk melancarkan album terbaharunya selain bakal mengadakan sebuah persembahan pada hari yang sama.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments