Memandangkan teater Lawak Ke Der sebelum ini mendapat permintaan tinggi, Hans Isaac bercadang untuk meneruskan pementasan tersebut di Istana Budaya namun ia masih diperingkat perancangan.
Bagaimanapun beliau bercadang untuk menurunkan harga tiket sebagai tanda perhargaan kepada peminat teater Lawak Ke Der.
Jika teater kali berjaya seperti sebelum ini, saya akan menurunkan harga tiket lebih murah.
Ia sebagai penghargaan yang diberikan peminat kepada teater Lawak Ke Der.
Hans sendiri mahu mengangkat karya tempatan ke satu tahap lebih baik agar ia dihargai masyarakat dan beliau tidak mahu mengejar keuntungan semata-mata.
Saya lebih gembira jika hasil karya diterima dan penonton berpuas hati hasi tersebut.
Soal keuntungan tolak tepi, paling penting ia mendapat maklum balas positif daripada masyarakat.
Beliau belum merancang untuk menayangkan filem ini dilayar perak. Walau bagaimanapun beliau telah menjual hak penyiaran kepada Excellent Pictures dan terserah kepada mereka untuk filemkan atau tidak teater ini.
Pihak terbabit hanya dibenarkan menayangkan filem tersebut selepas enam hingga lapan bulan pementasan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya itu tamat.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments