Secara jujurnya Jihan Musa berasa selesa kerana kekurangan pelawak wanita membolehkannya berada dalam industri tanpa banyak persaingan.
Namun katanya, ia tidak sihat bagi industri yang lebih banyak tertumpu kepada pelawak lelaki sahaja.
Saya ingin industri lawak kita meriah dengan pelawak wanita, setiap kali ada program lawak sudah tentu akan dikuasai pelawak lelaki sahaja.
Saya harap ramai lagi wanita yang berani tampil untuk mengetengahkan bakat lawak mereka kerana pada saya industri lawak di Malaysia semakin berkembang dan diterima masyarakat.
Sementara itu, Jihan mengakui kerjayanya sebagai pelawak bergerak agak perlahan, namun dia percaya berada di landasan yang betul dalam industri ini.
Bagi saya perkembangan kerjaya saya bergerak perlahan, saya seperti melangkah perlahan tetapi berada di arah yang betul.
Walaupun tidak popular, namun kalau boleh saya mahu terus berada dalam industri dan tidak dilupakan.
Kini, teater adalah hobi yang tidak boleh dipisahkan, biarpun beliau kini banyak terlibat dengan program komersial.
beliau akan terlibat dalam teater Maduku Kalut yang akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 27 hingga 30 September ini pada pukul 8.30 malam.
Tambah Jihan, dia banyak mengaplikasikan ilmu di bidang teater dalam lawak dan lakonannya.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments