Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad kini bergelar bapa, suami, selebriti dan usahawan. Ianya bukanlah tugas yang mudah untuk dipikul dalam satu masa.
Beliau sekarang merupakan bapa kepada dua cahaya mata, Uwais Alqarni, setahun lapan bulan dan Dzahira Talita Zahra yang berusia tiga bulan. Beliau tidak akan melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak dan isterinya, Siti Sarah Raisudin yang juga seorang penyanyi.
Dalam masa 24 jam sehari, saya hanya memerlukan waktu rehat empat hingga enam jam sahaja. Selain itu, ia adalah waktu untuk saya bekerja dan bersama keluarga.
Tidak dinafikan, pada awal-awal dulu, memang susah nak bahagikan masa kerana sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaan.
Namun, kini saya dah boleh menguruskannya. Walau macam mana sibuk sekali pun, saya akan luang masa untuk anak.
Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami tugas saya. Isteri banyak membantu dalam menguruskan anak-anak sewaktu ketiadaan saya.
Pengalaman bergelar bapa kepada dua anak itu turut mengajarnya dalam mengenal personaliti anak yang berbeza.
Shuib juga menceburi bidang perniagaan kedai dobi – Aqua Nano, yang baru sahaja dibuka di Setia Alam sejak enam bulan lalu dan ianya berjaya mendapat sambutan pelanggan.
Alhamdulillah, sejak enam bulan diperkenalkan, kedai saya menunjukkan keuntungan secara berperingkat. Malah, setipa bulan, ia terus meningkat dari masa ke semasa.
Melihat kepada kejayaan itu, saya ada membuat perancangan untuk membuka cawangan baru di Johor Bahru ( untuk emak saya)
Perusahaan Kopi Shuib
Beliau juga bakal memasarkan minuman kesihatan berasaskan kopi jenama sendiri, Kopi Shuib. Kopi kesihatan itu bakal diperkenalkan pada pertengahan bulan Oktober nanti.
Hatinya tergerak bila mendapat pendedahan dan dorongan daripada penyanyi, Mawi, mengenai dunia perniagaan.
Kopi ini bukan sahaja baik untuk tenaga tetapi kesuburan lelaki.
Saya jadikan diri saya sebagai model untuk kopi ini memandangkan ianya bertepatan dengan situasi saya yang sudah memiliki dua cahaya mata dalam tempoh dua tahun berkahwin.
Kopi ini elok diamalkan pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Walaupun soal cahaya mata adalah ketentuan dari-Nya, namun, tak salah kalau kita mencuba dan berusaha.
Persaingan dalam Super Spontan 2
Shuib juga terlibat dalam rancangan realiti berkonsepkan permainan komedi, Super Spontan 2 (SS 2).
Semuanya pesaing saya dan saya tidak berani nak letakkan siapa yang paling mencabar kemampuan saya. Mereka semua hebat.
Pun begitu, saya memang teruja dan tidak sabar untuk berentap bersama Jepp.
Sebelum ini kami dalam satu kumpulan, tetapi dalam SS 2, kami berada di kumpulan berbeza.
Beliau tidak terlalu tekankan dari segi persiapan kerana berdasarkan nasihat peserta musim pertama yang turut bertanding, kita tidak boleh terlalu memikirkan mengenai persiapan (lawak spontan).
Apa yang penting beliau kena memastikan otak tidak berserabut dan biarkan ianya berlangsung secara spontan dan santai serta bersedia dari segi mental dan fizikal.
Jadual Padat
Minggu hadapan, beliau akan menjalani penggambaran telemovie untuk siaran TV9.
Pada bulan Oktober pula, beliau akan berangkat ke Afrika untuk menyahut cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia 2. Kemudian dia akan terlibat dalam rancangan, Maharaja Lawak Mega, bermula bulan November nanti.
Pada tahun hadapan, beliau akan terlibat dalam promosi dan pelancaran dua filem terbaru iaitu, Usin UFO dan Amir & Lokman Pergi Ke Laut.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments