Kini para penggemar filem berpeluang untuk merasai pengalaman tontonan yang berbeza dengan pelancaran saluran A-List, berdefinisi tinggi (HD) terbaru daripada Astro.
Ia bakal menyiarkan variasi filem antarabangsa dan serantau terbaik yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman.
Saluran A-List akan disiarkan di Astro saluran 456 bermula dari 1 Oktober 2013.
Filem-filem di saluran A-List akan ditayangkan dalam bahasa asal filem tersebut dengan pilihan sarikata dalam pelbagai bahasa disediakan.
Setiap bulan, A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem yang diiktiraf di Malaysia dari festival-festival filem seperti Busan International Film Festival, Berlinale Film Festival, Toronto Film Festival dan Cannes Film Festival.
Bagaimana filem-filem dipilih untuk saluran A-List di Astro:
Filem-filem yang tercalon dan memenangi anugerah ini dipilih secara terperinci untuk disiarkan di saluran A-List berdasarkan kriteria berikut:
- Tema, tahap relevan, ciri tersendiri dan unik dengan mengetengahkan isu dan keupayaan untuk menjana daya pemikiran dan perbincangan.
- Hasil karya para pengiat filem baru yang kreatif.
- Filem-filem yang mendapat perhatian di Malaysia dan juga serantau.
- Berdasarkan kisah benar dan mempunyai unsur lanskap sosial, ekonomi dan politik dunia serta serantau yang relevan.
Para pelanggan boleh menonton saluran A-List melalui langganan bulanan sebanyak RM15 untuk lapan buah filem berbeza setiap bulan ataupun menempah secara ala-carte dengan bayaran RM8 untuk sebuah filem
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melanggan saluran A-List, sila ke saluran 200 atau layari www.astro.com.my/A-List atau hubungi talian 1300 82 3838.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments