Fizo Omar bakal mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pertunangannya dengan Mawar Abdul Karim dalam masa terdekat.
Setakat ini beliau masih belum mempunyai tarikh tertentu untuk melangsungkan majlis pertunangannya dengan wanita berkenaan tetapi mengjangkakan pada awal November depan.
Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar, 24, yang juga anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria.
Dalam perkembangan sama, Fizo mengakui dia dan Mawar jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing namun sering berhubung untuk bertanya khabar.
Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments