Dafi terpaksa akur bila singlenya berjudul Salahkah Aku yang dikeluarkan pada bulan Mac lalu kurang mendapat sambutan di stesen-stesen radio tempatan.
Jika dilihat pada jumlah tontonan klip video lagu tersebut di YouTube yang berjaya mendapat 200,000 penonton, dia berasa pelik apabila tiada peminat yang membuat permintaan lagu berkenaan di radio.
Saya tak tahu di mana silapnya. Tetapi itulah, apabila lagu tersebut popular di YouTube tetapi tidak pula di radio, saya rasa pelik.
Bagaimanapun saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku. Mungkin lagu saya belum cukup lagi di tahap piawaian radio, saya kurang pasti.
Keadaan ini tidak memutuskan semangatnya untuk mengeluarkan produk lagu baharu pada masa hadapan.
Malah penyanyi itu juga merancang untuk kembali ke Indonesia bagi mengembangkan bakatnya di bidang nyanyian selepas kegagalannya dalam bidang pengacaraan di negara tersebut.
Bagaimanpun, sebelum album akan datang dipasarkan, Dafi akan muncul dengan single seterusnya berjudul Dalam Hati Ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments