Pemilihan Zizan Razak sebagai pengacara musim baharu program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) untuk memberi nafas baru kepada program tersebut.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, Zizan mempunyai kriteria yang berbeza dengan pengacara sebelum ini dan mampu memberi nafas baru pada AF 2013.
Zizan merupakan pilihan yang paling tepat kerana dia mempunyai karakter yang berlainan daripada pengacara Akademi Fantasia (AF) sebelum ini yang mana kita tahu masing-masing mempunyai cara tersendiri.
Dengan cara penyampaian yang santai dan jenakanya dapat membantu mengurangkan tahap tekanan peserta.
Pihak mereka banyak menerima maklum balas positif daripada penonton yang menganggap pemilihan tersebut bertepatan dengan konsep baharu program ini.
Kita dapat komen yang banyak daripada penonton di laman sosial tentang pemilihan Zizan dan Alhamdulillah kebanyakannya memberi maklum balas positif.
Kita buat kajian dan survey terlebih dahulu dengan penerimaan penonton terutamanya peminat rancangan ini yang telah mengikuti perkembangan AF daripada awal
Moga AF kali ini nampak kelainan berbanding dengan sebelumnya.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments