Tahniah Ramli Sarip & Rosyam Noor Dapat Gelaran Datuk – Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular Rosyam Noor dan penyanyi rock tanah air, Ramli Sarip yang telah dianugerahkan gelaran Datuk oleh darjah kebesaran negeri Melaka sempena hari jadi ke-71 Dipertua Negeri Melaka.
Rosyam Noor atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.
Mereka antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments