Awie mengakui memegang peranan sebagai Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari menerusi teater muzikal SuperMokh adalah watak paling mencabar sepanjang dia bergelar pelakon.
Beliau masih belum mempunyai keyakinan untuk membawakan watak tersebut dengan baik walaupun telah menjalani latihan selama dua bulan sebelum ini.
Perasaan ini timbul kerana Mokhtar adalah satu nama yang cukup besar dikalangan masyarakat negara ini dan penonton yang bakal hadir nanti pasti mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada persembahannya.
Kesukaran untuk menghidupkan watak lagenda bola sepak itu juga berpunca daripada kekurangan bahan rujukan terutamanya visual tentang Mokhtar sebagai rujukannya.
Beliau bernasib baik apabila ahli keluarga Mokhtar banyak membantu dalam menyelami sisi lain figura itu sebagai persediaan untuk pementasan itu nanti.
SuperMokh bakal di pentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 18 November depan.
Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-4147 8600 atau 019-211 1600.
Selain Awie, teater arahan Hans Isaac dan Harith Iskander itu turut membariskan pelakon seperti Awie yang bakal memegang watak sebagai Mokhtar, Rashidi Ishak, Dina Nazir, Maya Karin, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments