Nabil Ahmad, seorang pelawak terkenal nekad mahu menukar nombor pendaftaran keretanya kerana risau menjadi perhatian penjenayah susulan kes kenderaannya yang dipecah baru-baru ini.
Nabil mengambil keputusan itu kerana nombor pendaftaran kereta miliknya mempunyai persamaaan dengan namanya.
Ujarnya, ia merupakan pengalaman pertama apabila kereta saya dipecah dan ia membuatkan saya risau apa yang bakal terjadi pada masa depan jika penjenayah atau sesiapa sahaja mengetahui ia adalah kereta saya kerana nombor pendaftarannya. ‘ – mStar
Menurut Nabil lagi, dia juga akan menukar nombor itu demi menjaga dan melindungi keselamatan keluarganya.
Dalam kejadian yang berlaku itu, Nabil baru selesai menikmati makan malam bersama keluarga di restoran Singai Buloh, dan apabila hendak mengundurkan kereta dia menyedari cermin kereta di belakang pecah.
Nabil juga memberi nasihat kepada rakan artis walaupun memggunakan nombor pendaftaran yang unik, ia boleh mendatangkan bahaya dan memudahkan individu berniat jahat melakukan jenayah.
Nabil kini bakal menjadi hos pada malam Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20 ) dan akan berganding dengan Dato’Aznil Haji Nawawi pada 14 Disember di Stadium Putra Bukit Jalil.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments