Berakhirnya tirai Akademi Fantasia ( AF2013 ) malam tadi yang berlangsung di Stadium Negara.
Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Bin Sanyini, 28 tahun, berasal dari Tawau ,Sabah telah berjaya dinobatkan sebagai juara AF2013 musim ini. Faizul membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM 100,000, kontrak rakaman bernilai RM 100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Faizul membawa lagu berjudul Hanyut nyanyian Faizal Tahir, dan sebuah lagu baru Sepasang Sayap.
Naib juara pula diungguli oleh Azheal iaitu Hal Husaini Razmi dan Mohd Azhar Osman yang membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Tempat ketiga pula, dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira yang menerima RM 20,000 dan trofi, manakala tempat ke empat Siti Ruhailah Hussein atau Indah yang menerima RM 10,000 dan juga trofi.
Dua peserta lain yang turut beraksi ialah Nur Nabila Mohd Razali ( Nabila ) dan Aishah Aziz ( Aishah ).
Pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Hefni. Persembahan juga turut dimeriahkan dengan nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.
Juri tetap bagi AF2013 ini ialah Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, dan turut diundang Datuk Ramli MS sebagai pengkritik.
Selepas sekian lama AF dihentikan sementara, AF2013 kali ini mengetengahkan konsep baru dengan penampilan pengilham terkenal iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goslow dan Faizal Tahir.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments