Tahniah diucapkan buat pelakon, Azam Pitt, 27, dan Dayang Noorshila, 24, apabila telah selamat mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.
Majlis tersebut berlangsung di kediaman pihak perempuan di Kuching, Sarawak. Azam menyerahkan 25 dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 27 dulang hantaran.
Azam turut berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Instagramnya dengan status :
“Alhamdulillah, selesai semuanya. Tq Sayang for being you.”
Tahniah sekali lagi buat pasangan ini dari team hyebro.com.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments