Pelakon berbakat besar yang sering membawa watak “ antagonis “ dalam lakonannya, Sofi Jikan, nekad mahu meninggalkan bidang lakonan. Sofi Jikan yang kecewa kerana menganggap pelakon sepertinya sering dipandang rendah malah menerima bayaran yang tidak setimpal dengan usahanya.
Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon tetapi keadaan masih tidak pernah berubah.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, bukan mudah untuk dia membuat keputusan itu namun katanya dia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan industri perfileman yang semakin hancur.
Namun, Sofi Jikan masih lagi sudi menerima tawaran berlakon jika watak ditawarkan mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.
Sampai bila saya hendak berlakon sebagai gengster? Adakah setakat itu sahaja bakat lakonan saya?,” soalnya
Menurut Sofi , dia juga telah menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu 1Man Film Sdn Bhd dan berhasrat untuk menerbitkan karyanya sendiri selain mahu bergelar pengarah.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments