Anugerah Meletop Era merupakan sebuah acara pengiktirafan karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
Pihak penganjur juga turut mengumumkan barisan pengacara yang akan mengendalikan acara berkenaan iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Antara kategori yang diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya :-
- Lagu Meletop
- Penyanyi Meletop
- Kumpulan Meletop
- Program Radio Meletop
- Penyampai Baru Radio Meletop
- Filem Meletop
- Bintang Filem Meletop
- Program TV Meletop
- Bintang TV Meletop
- Bintang Siber Meletop
- Couple Meletop
- Artis Baru Meletop
- Fesyen Meletop
- Artis Serantau Meletop.
Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir.
Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014.
Anugerah Meletop ERA akan diadakan pada 8 Februari 2014 dan akan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta disiarkan serentak di Maya HD dan Astro Hitz.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments