Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kerana telah pun selamat menimang cucu pertama mereka.
Berita ini dikongsikan oleh besan Dato’ Siti iaitu Datuk Seri Hishamuddin melalui akaun Twitternya dan dikongsikan juga oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. Pengacara terkenal tanah air.
Bayi tersebut merupakan cahaya mata pertama anak lelaki Datuk K yang bernama Anas Zawawi.
Anas Zawawi dan anak Datuk Seri Hishamuddin telah mendirikan rumahtangga pada tahun lepas. Dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ayden.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments