Filem Paku arahan P. Rameesh diambil dari peristiwa benar yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.
Filem yang membariskan pelakon seperti Johan Asari, Diana Johor, Aishah Ilias, Azad Jasmin, dan Kamal Adli.
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang taksub pada cinta sehingga sanggup melanggar hukum agama dan memuja roh isterinya.
Fahmi (Johan ) sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali isteri, Rania walaupun terpaksa menyekutukan ALLAH.
Fahmi mencari bomoh supaya dapat menyeru kembali roh isterinya. Akhirnya Rania berjaya di seru dan menjadi manusia selepas tengkuknya ditusuk paku.
Fahmi benar-benar berasa gembira hidup bersama Rania walaupun terpaksa mematuhi syarat yang bertentangan dengan Islam.
Melalui perjanjian itu, Fahmi tidak dibenarkan menggantung ayat al Quran, apatah lagi melaungkan azan di rumah.
Apakah yang akan terjadi pada Rania selepas itu? Dapatkah mereka hidup bahagia selamanya? Saksikan filem ini yang bakal ditayangkan di pawagam anda.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments