Tahniah buat penyanyi Hafiz Suip diatas kemenangan dalam tiga kategori di Anugerah Industri Muzik 20 ( AIM20) yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kata Hafiz, ini merupakan kemenangan pertamanya dalam AIM20. Hafiz menganggap kemenangan itu sebagai cabaran untuk dia meningkatkan prestasi selagi mana yang mampu.
Hafiz memenangi anugerah bagi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu ( Lelaki ) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku., Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni dan Rakaman Album Terbaik.
Bagi komposer LY, yang turut terlibat dalam album Luahan Hati Anak Seni ini, dia berkata Hafiz merupakan seorang penyanyi yang boleh menyanyikan pelbagai lagu dari mana-mana komposer dengan baik.
Malah Hafiz juga mempunyai suara dan teknik nyanyian yang tersendiri.
Semoga Hafiz terus berjaya dalam industri seni di masa akan datang.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments