Majlis Pernikahan Aril AF & Puteri Erma Edlinda – Dengan sekali lafaz, penyanyi dan penyampai radio Era FM iaitu, Aril Pilus akhirnya bergelar suami kepada Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Padang Enggang, Pasir Hor, Kota Baharu, Kelantan.
Pasangan itu selamat diijabkabulkan oleh imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa kira-kira pukul 3.20 petang Jumaat.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, menyerahkan wang hantaran yang juga dijadikan emas kahwin sebanyak RM15,000.
Tahniah diucapkan semoga kekal sampai ke anak cucu. Amin ya rabbalalamin.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments