Pelakon dan pengarah, Raja Azrey akhirnya bakal mendirikan rumah tangga dengan pengurus peribadinya, Rozita Ibrahim.
Menceritakan pertemuan mereka, kata Raja Azrey, dia banyak terlibat dengan aktiviti seniĀ sama ada drama ataupun persembahan pentas. Jadi Rozita banyak membantunya dalam kerja-kerja promosi dan menguruskan kerjayanya. Dari situ, dia dapat melihat keikhlasan Rozita dan seterusnya membawa hubungan itu ke tahap yang lebih serius.
Raja Azrey sebelum ini hidup menduda selama setahun setengah berkata, apa yang penting perkahwinan ini disebabkan oleh anak-anak. Sebelum mengambil keputusan berkahwin, dia ada menerangkan kepada anak-anaknya mengenai hal itu.
Perkahwinan Raja Azrey dengan bekas isterinya dahulu dikurniakan empat orang anak yang berumur dalam lingkungan empat hingga 13 tahun. Malah katanya lagi, bekas isterinya juga tiada sebarang masalah dengan keputusannya untuk berkahwin lagi.
Raja Azrey dan Rozita bakal diijabkalbulkan pada 19 Disember, hari ini di Masjid Al – Azim, Pandan Indah. Majlis resepsi pula akan diadakan keesokan hari di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Bukit Kerichi, Kuala Lumpur.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments