Ajai kini tampil dengan single terbarunya ‘ADUH’ yang dicipta sepenuhnya oleh Ajai sendiri.
‘ADUH’ ini mengisahkan tentang kisah hati yang terluka dengan perbuatan kekasihnya sehingga mahu memutuskan hubungan dan hidup sendirian. Segalanya terasa pedih dengan perilaku kekasih hatinya.
Lagu yang berentak pop melayu ini telah membawa Ajai dikenali semula sebagai seorang penyanyi.
Lagu ini telah mendapat sambutan sejak berkumandang di corong-corong radio. Lagu “ADUH” mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo yang ‘slow’ dan lirik yang mudah diingati menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini.
Anda kini boleh menyaksikan sendiri muzik video “ADUH” hanya di YouTube Warner Music Malaysia.
Lirik Aduh – Ajai
Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan
Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan
Chorus
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan
Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments