13 Disember – Pelakon berkaliber, Wan Maimunah yang dikenali ramai akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Johor pada hari ini.
Majlis itu akan diadakan secara tertutup.Majlis akan berlangsung secara sederhana.
Kata Wan Maimunah, dia sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya dan enggan mengulas mengenai bakal suaminya itu.
Ujarnya lagi, dia tidak menyangka akhirnya bertemu jodoh pada usia begini. Perkenalannya begitu singkat dan semuanya dalam keadaan mengejutkan. Bakal suaminya itu juga tidak mengambil masa yang lama untuk melamarnya.
Majlis ini akan berlangsung di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru selepas solat Maghrib.
Tahniah daripada team hyebro. Semoga bahagia hingga ke syurga.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments