Menyedari ikatan pertunangan akan melalui banyak rintangan dan bimbang kejadian sama berulang, Hafiz Hamidun kini mempunyai prinsip untuk terus berkahwin dengan wanita pilihannya.
Akui sudah mempunyai calon pilihan, bagaimanapun belum sedia untuk mendedahkan tarikh perkahwinan mereka.
Hafiz yang tidak pernah berselindung tentang hubungannya dengan bakal isterinya itu turut mengakui perhubungan yang dibina masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Alhamdulillah, dia seorang yang sangat memahami dan seorang yang jujur. Jika ada dua sifat itu dalam perhubungan ia dengan sendirinya akan mengukuhkan hubungan tersebut.
Saya bersyukur kerana kami ada banyak persamaan. Saya menerima dia seadanya dan berharap dia juga begitu.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments