Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin hari ini di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.
Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.
Lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.
Sumber : Sinar Harian.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments