Menjadi fenomena sekarang ini apabila banyak penerbit menghasilkan filem yang diadaptasi dari novel. Terkini sebuah filem baru Vampire Academy bakal muncul yang berkisarkan dunia Pontianak.
Filem ini mengisahkan Rose Hathaway seorang “Dhampir” yang menjadi separuh manusia, separuh Pontianak. Dia dilatih bagi menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir.
Dalam dunia mereka, terdapat Pontianak yang baik dan jahat. Moroi Pontianak yang hanya mengambil darah daripada penderma. Mempunyai keupayaan mengawal satu daripada elemen air, api, bumi dan udara.
Strigoi pula merupakan Pontianak yang membunuh dan menghisap darah manusia. Rose dan penjaga Dhamir ditugaskan melindungi Moroi dan membunuh Strigoi.
Pelbagai perkara yang terjadi dan bersama Puteri Vasilisa Dragomir, sahabat baiknya, Rose perlu melarikan diri bagi melindungi sahabatnya dari bahaya.
Turut diselitkan elemen cinta dalam filem ini yang pastinya membuatkan anda teruja untuk menonton.
Filem Vampire Academy ini ditulis oleh Richelle Mead, diarahkan oleh Mark Waters dan dibintangi oleh pelakon seperti Zoey Deutch (Rosemarie ‘Rose’ Hathaway), Danila Kozlovsky (Dimitri Belikov), , Lucy Fry (Vasilisa ‘Lissa’ Dragomir), dan Dominic Sherwood (Christian Ozera).
Bagi anda yang meminati filem begini, jangan lepaskan peluang untuk menonton di pawagam nanti.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments