Penyanyi Shila Amzah sekali lagi berjaya melakar namanya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya menyertai program realiti nyanyian iaitu “I am a Singer” di China.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah sebelum ini pernah berjaya menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2013.
Shila akan memulakan persembahannya pada Jumaat hari ini, jam 8 malam. Berita ini turut dikongsi melalui akaun Twitternya.
Bagi anda yang ingin menonton Shila secara live boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm.
Shila turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang memberi sokongan.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments