Penyanyi Altimet telah banyak mencipta kejayaan di Malaysia, terkini Altimet telah melancarkan album baru “ Kotarayaku “
Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan album ini, ia sangat berbaloi kerana memiliki tarikan tersendiri.
Album Kotaraya ini memuatkan sebanyak 11 buah lagu yang mana 7 lagu merupakan duet Altimet dengan artis tanahair.
Antara artis terlibat seperti Salam, Aman RA, Tomok, Noh Salleh, Awi Rafael, Mirwana, Imran Ajmain dan The Trisni Trio.
Ternyata kejayaan Altimet berjaya membuktikan, untuk menjadi penyanyi tidak memerlukan gosip murahan atau menjaja kisah peribadi.
Album Kotaraya ini diedarkan oleh Sony Music Malaysia dan telah pun ada dipasaran 12 April lalu. Album ini juga boleh dibeli dengan muat turun di ITunes.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments