
Tahniah buat pelakon Liyana Jasmay yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan malam tadi.
Berita kelahiran bayi itu telah disahkan oleh ibu Liyana, Habsah Simpon.
Bayi itu dilahirkan dengan seberat 2.9 kilogram pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court.
Sebelum ini, Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan tersebut pada hari Ahad lalu kerana mempunyai tanda-tanda untuk bersalin.
Namun begitu, Liyana masih belum lagi mengumumkan nama bagi anaknya itu.
Liyana telah mendirikan rumahtangga pada 2 Februari tahun lalu dengan Fathuddin Mazlan, 30 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments