Penerbit filem terkenal, Ahmad Idham telah mengesahkan bahawa dia telah meninggalkan syarikat produksi miliknya Excellent Pictures Sdn Bhd pada Mei lalu.
Ujar Ahmad Idham, Syarikat itu kini diusahakan oleh rakan kongsinya manakala dia dan keluarga berpindah ke negeri Johor bagi menguruskan akademi baru yang telah diubuhnyanya, Ahmad Idham Fil Academy ( AIFA ) di Nusajaya.
Ahmad Idham berkata, penubuhan AIFA adalah impian sejak dulu lagi. Malah menyahut cabaran kerajaan yang berhasrat melahirkan 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Ujarnya lagi, pembukaan AIFA merupakan pilihan yang tepat berikutan Pinewood Studios yang menyediakan kemudahan produksi studio filem dan televisyen bertaraf dunia.
Selain itu juga, Ahmad Idham juga akan menubuhkan sebuah lagi syarikat produksi bagi kemudahan buat pelajar-pelajarnya mrnjalankan kerja praktikal.-kredit Mstar Online
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments