Tahniah buat penyanyi Tomok yang bakal menimang cahaya mata anak kedua apabila isterinya, Siti Rahayu Abas disahkan telah hamil.
Berita itu disampaikan oleh Tomok melalui laman Twitter miliknya.
“Alhamdulillah, Arrian nak dapat adik. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga”
Tomok menyatakan rasa syukurnya kerana menerima berita ini pada bulan Ramadan. Tomok dan Siti Rahayu telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan telah dikurniakan seorang anak, Arrian Shah Akid.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments