Sebuah drama bersiri menarik kini menemui penonton di stesen TV AlHijrah bertajuk ‘Kalau Itu Jodoh Kita’ yang telah pun bermula pada 12 Ogos lalu, setiap hari selasa, jam 10.00 malam.
Drama tersebut menampilkan pelakon seperti Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose, Aidil Aziz dan Noremy Ramli.
Diarahkan oleh Mohd Penislin@Roslin Sharif dan diterbitkan oleh Hyper Pictures Sdn Bhd.
Drama sebanyak 13 episod ini mengisahkan tentang Lufta yang dipaksa berkahwin dengan Feroz atas pilihan keluarganya.
Muncul kekasih lama Feroz, Irin yang cuba memisahkan mereka. Lufta mula berubah apabila mendapat tahu mengenai hubungan suaminya dengan Irin.
Ingin tahu kesudahan drama menarik ini? Jangan lupa saksikan hanya di TV AlHijrah setiap selasa, jam 10.00 malam.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments