Program realiti, Da’i musim kedua telah pun menemui penonton pada 15 Ogos yang lalu, pada hari Jumaat, jam 9.00 malam.
Seramai 8 orang finalis terpilih bagi mencari pendakwah muda. Antara yang terpilih adalah Nurul Dayana Binti Mohd Zahari, Nurul Amirah binti Mohd Azmi, Mohd Elyas Bin Yusoff, Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri, Wan Dazrin Bin Wan Din, Ammar Bin Ismail, Mohd Annas bin Khamis dan Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhamad.
Rancangan Da’i ditaja oleh Roselle White sebagai penaja utama dan juga bersama penaja iaitu Harwany.
Rancangan ini bersiaran sebanyak 10 episod dan peserta bakal merebut gelaran Pendakwah Milenia yang berpeluang membawa pulang wang tunai RM50,000.
Antara tugasan yang perlu dilakukan peserta adalah membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama, mengimarahkan masjid, sehari bersama saudara baru, dan pelbagai lagi.- kredit Media Hiburan
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments