Pengarah dan juga pelakon Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43 bakal menunaikan ibadah Haji dan akan bertolak pada hari esok.
Ujar Adlin Shauki, dia telah merancang untuk menunaikan haji tersebut sejak bulan Mei yang lalu.
Afdlin Shauki akan berangkat ke Tanah Suci bersama ibunya, Fadilah Jailani.
Ujarnya lagi, sudah lama dia merancang untuk menunaikan Haji namun perlu mengikut giliran. Berikutan itu, dia membuat rayuan kepada pihk Tabung Haji kerana ibunya yang menghidap sakit strok
Afdlin Shauki juga meminta supaya orang ramai mendoakannya dan berharap ibadah hajinya dipermudahkan. Malah berharap mendapat haji yang mabrur dan semoga dia dapat masuk syurga. – kredit Mstar Online
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments