
Tahniah Hyebro ucapkan kepada penyanyi Bienda yang telah selamat melahirkan seorang bayi pada Khamis lalu.
Bayi perempuan tersebut merupakan anak keduanya.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Bienda melalui akaun Instagramnya. Bayi tersebut diberi nama Laxiendra Namiraz Zariman.

Bienda juga melahirkan rasa syukur di atas kelahiran tersebut.
Bienda telah mendirikan rumahtangga bersama Kamarul Zariman Abd Rahman dan telah mempunyai anak bernama Lavienda Namiraz.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments